Saturday 12 September 2015

7 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum..
Apa khabar? Lama rasanya tak update blog ni. Alhamdulillah kali ni saya nak share tentang 7 Amalan inshaAllah dapat membantu membuka pintu rezeki seluas-luasnya..
Kadang-kadang kita dah berusaha buat pelbagai kerja untuk menambah pendapatan, tapi rezeki seakan-akan tertangguh. Jom cuba amalkan yang ini. InshaAllah rezeki kita akan mudah dapat. Amalan rohani pun kena selari dengan usaha.


#1 Baca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Menurut hadis riwayat At Thabrani, Rasulullah S.A.W. bersabda ; "barang siapa yang rezekinya lambat, hendaklah memperbanyakkan bacaan ini".

#2 Baca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Menurut hadis riwayat Abu Nu'aim dan Ad Dailami, Rasulullah S.A.W. bersabda ; barang siapa setiap hari membaca bacaan ini, ia akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari fasa takut dalam kubur".

#3 Istighfar
Menurut hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah, Rasulullah S.A.W. bersabda ; "barang siapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga".

#4 Membaca surah Al-Ikhlas
Hadis riwayat oleh At Thabrani, Rasulullah S.A.W. bersabda ; "barang siapa membaca Surah Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya''.

#5 Baca Surah Al-Waqiah
Hadis riwayat oleh Al-Baihaqi dalam Syu'ab Allman, Rasulullah S.A.W. bersabda ; "barang siapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup".

#6 Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah S.A.W. berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

#7 Baca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
Hadis riwayat oleh Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat, Rasulullah S.A.W. bersabda ;"dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”.




Ingin menambah pendapatan sampingan atau utama?

Jom sertai kami sebagai keluarga besar Shaklee Malaysia.
Sama-sama kita membangunkan ekonomi ummah.


Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 018-8734025
Email: n_su2008@ymail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...