Saturday 28 January 2017

7 Makanan Yang Bagus Untuk Minda Anak

Anak-anak sekarang tak sama macam kita kecil-kecil dulu. Sedari umur 3 tahun sudah mula bersekolah. Apabila masuk darjah 1, silibus pelajaran juga sudah semakin maju dan ke depan. Sebagaimana kita ibu bapa merasa hebatnya bebanan tugas kerja, anak-anak juga tidak ketinggalan merasa beban pelajaran dan pelbagai aktiviti sekolah. 
Setiap hari ada saja pelajaran baru dan tugasan baru yang perlu mereka pikul. Oleh itu, ibu bapa perlu bantu anak dari pelbagai sudut. Moral, bimbingan, kasih sayang dan juga menyediakan makanan yang sihat.

1.Telur
Telur sangat baik untuk kanak-kanak kerana:
Memgandungi protein lengkap. Protein adalah bahan penting untuk pertumbuhan sel. Telur dapat membantu anak-anak membesar dan kuat.
Mengandungi lutein dan zeaxanthin yang bagus untuk kesihatan mata. Menjadikan penglihatan lebih tajam dan menyihatkan mata.
Mengandungi choline yang membantu sel-sel otak berhubung. 
Mengandungi omega-3 yang penting untuk pertumbuhan otak dan memori anak-anak. Pengambilan omega-3 diawal kehidupan juga dapat bantu elakkan penyakit arthritis dan jantung apabila anak-anak meningkat dewasa.
Mengandungi vitamin D, B12 dan asid folik yang baik untuk pertumbuhan tulang, otak dan sistem saraf.

2. Greek yogurt
Lemak sangat penting untuk kesihatan otak. Ia dapat membantu otak untuk menjalankan fungsi memberi dan menerima maklumat. Menjadikan anak-anak lebih fokus dan cerdas.

3. Sayuran hijau
Asid folik dan vitamin dalam sayuran hijau dapat membantu mengurangkan masalah ingatan terutama apabila anak-anak dewasa kelak. Sayuran hijau juga ada yang mengandungi antioksida yang dapat membantu melindungi sel otak dan badan.

4. Ikan
Sumber terbaik vitamin D dan omega-3 yang dapat membantu meningkatkan ingatan dan fungsi otak. Ikan sardin, tuna dan salmon adalah di antara ikan yang kaya dengan omega-3.
"The more omega-3s we can get to the brain, the better it will function and the better kids will be able to focus," says Bonnie Taub-Dix, RD, author of Read It Before You Eat It.
5. Kekacang
Kaya dengan protein, asid lemak penting, vitamin dan mineral. Kekacang dapat membantu anak-anak lebih gembira dan bertenaga dengan memastikan sistem saraf anak-anak sihat dan berfungsi dengan baik.

6. Oatmeal
Kaya dengan protein dan fiber, dapat membantu melancarkan edaran darah di otak dan jantung. Kajian juga mendapati anak-anak yang memakan oatmeal yang dimaniskan sedikit mempunyai daya ingatan yang lebih baik daripada memakan cereal yang dimaniskan.

7. Epal
Buah-buahan seperti epal adalah kudap-kudapan yang paling baik untuk anak-anak. Epal mengandungi quercetin, sejenis antioksida yang dapat membantu melindungi sel otak dari kerosakan.

Banyak makanan yang sangat bagus untuk perkembangan fizikal dan minda anak-anak. Namun bukan mudah sebenarnya nak pastikan mereka makan semua ini. Seperti orang dewasa, mereka juga punya citarasa dan selera. Selain itu, kesibukan ibu bapa bekerja pun membuatkan masa untuk menyediakan makanan yang sihat tethad pada hujung minggu sahaja. Sedangkan anak-anak perlukan nutrisi yang lengkap setiap hari.

Oleh itu, Shaklee telah menyediakan makanan tambahan untuk ibu bapa pastikan anak-anak dapat segala keperluan nutrisi dengan menghasilkan set kesihatan anak-anak.
Set ini terdiri daripada OmegaGuard untuk bekalkan omega-3, vitalea - multivitamin untuk anak-anak, mealshake mengandungi protein dan fiber yang diperlukan anak-anak serta vitamin c yang dapat membantu meningkatkan sistem imun anak-anak.

Berikut adalah testimoni ibu -ibu yang gembira dengan peningkatan kesihatan dan kecergasan anak mereka setelah mengamalkan supplement Shaklee.









Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan:

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...