Wednesday 18 January 2017

Soya Merbahaya : Fakta atau Auta

Soya merbahaya untuk kesihatan. Betul ke? Ramai yang masih keliru dengan isu ini. Ditambah dengan momokan dan mitos tentang bahaya soya. Ramai yang percaya dan masih ada juga yang keliru. 

Mitos 1: Semua soya adalah GMO
Haaa.. ini mitos paling besar yang selalu digembar-gemburkan. Sebelum tu, jom kite selidik sedikit apa maksud GMO atau genetically modified organism. GMO adalah organisma yang telah diubah secara genetik, di mana 1 atau lebih gen daripada DNA organisma lain seperti bakteria, virus atau haiwan, di ambil dan dimasukkan ke dalam organisma yang diinginkan seperti tumbuhan soya ini. Tujuan utama nya adalah untuk mendapatkan produk atau tumbuhan yang lebih baik dari terutama dari segi ketahanan terhadap makhluk perosak. Teknik GM ni memang telah digunapakai secara meluas dalam bidang pertanian. Ini adalah bagi mengelakkan pengusaha mengalami kerugian akibat serangan makhluk perosak. GMO dikhuatiri merbahaya kepada kesihatan manusia berdasarkan beberapa kajian ke atas tikus makmal, di mana tikus yang memakan makanan GMO mempunyai saiz badan yang lebih kecil, kadar kematian ynag lebih tinggi, kerosakan organ seperti hati dan buah pinggang, dan mengurangkan kesuburan. Untuk pengetahuan, tidak semua soya adalah GMO. Anda boleh periksa jika sesuatu produk itu GMO atau tidak. Biasanya untuk produk Non-GMO, pihak pengeluar akan declare bahawa produk mereka adalah non-GMO. Ini adalah kerana produk non-GMO kini mendapat permintaan yang tinggi. Salah satu produk soya Non-GMO adalah ESP keluaran Shaklee.

Mitos 2 : Soya menyebabkan kanser.
Ramai yang salah faham soya boleh menyebabkan kanser kerana soya mengandungi phytoestrogens yang tinggi. Ramai yang menyangka phytoestrogen yang terdapat di dalam soya adalah sama dengan estrogen yang terdapat di dalam badan manusia dan haiwan. Phytoestrogen hanya mempunyai struktur yang hampir sama dengan estrogen tetapi dari segi fungsi, ia hampir tidak sama. Tiada kajian saintifik yang menunjukkan soya dapat menggalakkan pembentukan kanser. Malah terdapat kajian makmal yang menunjukkan bahawa isoflavones (yang terdapat dalam soya) menunjukkan ciri-ciri yang dapat melindungi tubuh dari kanser yang berkait dengan hormon.

Mitos 3: Soya dan lelaki
Terdapat juga mitos yang mengatakan soya boleh menyebabkan pembesaran buah dada lelaki. Hal ini berkait rapat dengan mitos phytoestrogen yang saya terangkan di atas. Malah kajian klinikal juga menunjukkan isoflavones tidak menjejaskan paras testoteron mahupun estrogen dalam badan lelaki.
Kesimpulannya, setakat hari ini tiada lagi kajian saintifik yang membuktikan kesan buruk soya pada manusia. Yang dikhuatiri adalah kesan soya jenis GMO. Bukan soya sahaja, malah semua produk pertanian yang terlibat. Oleh itu, hat-hati dalam memilih produk terutama soya.
Nak dapatkan soya yang memang confirm Non-GMO? Boleh pilih ESP Shaklee. Shaklee memang sentiasa mementingkan keselamatan selain keberkesanan produknya. Sebab itu, produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan non-GMO.


Agen Shaklee
(ID 930065)
Whatsapp Suhailah : 019-2882244


Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.

Sumber: 
http://freefromharm.org/health-nutrition/vegan-doctor-addresses-soy-myths-and-misinformation/
http://www.pcrm.org/nbBlog/no-debate-soy-is-beneficial-to-health
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...