Disiplin dan anak-anak umpama macam air dan minyak. Susah nak disatukan tapi tak mustahil jika kena dengan caranya. Kali ni saya nak share tips atau cara yang boleh kita-kita wahai ibu bapa praktiskan untuk mendisiplinkan anak-anak terutamanya yang berusia 5 hingga 8 tahun. Kenapa 5 hingga 8 tahun?
Kanak-kanak pada usia 5 hingga 8 tahun adalah fasa di mana mereka sudah mula memahami arahan tapi dalam masa yang sama mereka mempunyai sifat semulajadi untuk melawan. Melawan di sini bukan lah bermaksud mereka menderhaka. Tapi mereka lebih kepada mencuba untuk menentukan siapa yang lebih berkuasa. Ibu dan ayah ke atau mereka. Masa ni memang la kita kena pandai memainkan peranan.
Baca juga》7 Cara Terbaik Tangani Anak Yang Suka Melawan
Pada usia ini, tahap ingin tahu atau curiosity mereka sudah mula meninggi. Banyak perkara yang mereka ingin cuba dan lakukan. Tahap kesabaran kita pon semakin tinggi diuji. Sampai 1 tahap kita hanya mampu cakap TIDAK pada anak. Kajian mendapati bahawa terlalu asyik berkata TIDAK pada anak-anak akan memberi kesan negatif pada diri mereka. So macam mana kita nak disiplinkan mereka tanpa berkata TIDAK?
1. Rephrase / Ubah Ayat
Tukar ayat negatif kepada positif. Anak-anak ni sebenarnya suka buat kita bangga. So daripada kita kata tak boleh, kita tukar kepada apa yang boleh dia lakukan. Contohnya 'jangan conteng dinding' tukar kepada 'adik kaler kat buku coloring ni. Tengok gambar-gambar nya cantik'. Atau kalau anak-anak nak main bola dalam rumah, beri kebenaran mereka untuk bermain di halaman rumah.
2. Berikan Pilihan
Jika anak mahukan sesuatu yang tak bagus untuk mereka, offer mereka sesuatu yang hampir sama tapi lebih baik. Contohnya, kalau mereka nak makan gula-gula atau jajan, offer mereka snack buah-buahan. Biar diorang yang decide nak makan buah apa. Dalam masa yang sama terangkan jugak kenapa gula-gula tak elok untuk mereka.
3. Kukuhkan Hubungan
Anak akan lebih mudah mendengar kata jika hubungan kita rapat dengan mereka. Kita perlu jadi kawan mereka sehingga mereka rasa selesa dan percaya dengan kita. Dengan itu, anak-anak akan lebih mudah mendengar nasihat kita.
4. Elak Jadikan Isu
Elakkan diri dari terpaksa berkata TIDAK. Bukan elakkan diri dari anak-anak ye. Maksudnya di sini, elakkan situasi yang memaksa anda untuk berkata tidak atau marah anak-anak. Contohnya, jika nak berjalan-jalan di shopping mall, elakkan dari melalui kedai mainan jika anda tiada plan untuk belikan mereka mainan.
Ibu bapa juga kena bertolak ansur dengan anak. Jangan sampai perkara remeh pun kita nak berkeras juga. Jika apa yang anak-anak mahukan tak memudaratkan dan menyusahkan, biarkan mereka dengan pilihan mereka.
Sekian tips yang anda boleh cuba dalam membantu anda mendidik anak-anak.
Jika anda rasa artikal ini membantu anda dan dapat memberi manfaat kepada orang lain, silakan share.
Jika anda perlukan supplement untuk pelrindungan kesihatan anak-anak dan perkembangan IQ mereka, Shaklee mempunyai Supplement Kesihatan Kanak-kanak.
Macam mana nak dapatkan supplemen Shaklee ini?
boleh hubungi saya
(ID 930065)
FB: Aliyya Soffiya
Page : Vitamin Sihat Natural
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah
Credit info:babycenter.com