Sunday 5 July 2015

Resepi Mee Hoon Bakso Yang Simple Tapi Sedap Versi Mak Mertuaku

Assalamualaikum.. apa khabar? Alhamdulillah kita telah sampai pada hari ke 18 Ramadhan. Apa menu berbuka hari ini? Mesti masak special kan.. Ada yang tak tahu lagi nak masak apa? Ye la, mesti dah kekeringan idea kan. Saya pun biasanya akan plan menu bersahur dan berbuka 2 minggu pertama Ramadhan. Yang baki tu biasanya recycle je menu nya.. hehe.. tak yah nak pening-pening. Family saya tak minat berbuka dengan nasi berlauk. So menu yang biasa saya masak untuk sarapan, saya jadikan menu berbuka seperti mee goreng, kuew teow goreng, nasi goreng.. weekend saya masak special sikit la macam roti jala, mee hoon tom yam, dan semalam saya masak nasi lemak. Tetibe tekak teringin pulak. hehe.. Tapi entry ini saya bukan nak share resepi nasi lemak, tapi resepi special dari mak mertua saya iaitu resepi Mee Hoon Bakso. Resepi ni simple je tapi sedap. Hehehe.. ini pun salah satu menu berbuka puasa kami sekeluarga. Kalau anda dah bosan asyik berbuka dengan nasi, boleh la cuba resepi ini. Simple je..


gambar credit to Muhammad Halim. gambar saya punya takde. asik terlupa je nak amik.
Size Sajian : 3 - 4 orang
Bahan-bahan :
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 2 ulas
Halia - 1 inci
Ketumbar - sedikit (lebih kurang 1/2 sudu teh)
Lada hitam - sedikit (lebih kurang 1/2 sudu teh), boleh tambah jika mahu
*blend kesemua bahan diatas
Meatball (ikut la banyak mana nak letak)
Serai - 1 batang (dititik)
Lengkuas - 1 inci (dititik)
Gula melaka - 1 sudu makan (saya tak letak)
Garam
Minyak masak (sedikit)
Mee Hoon - lebih kurang 500g (boleh juga pakai mee kuning)
Air - 2 liter

Side dish (jika mahu)
1. Sayur-sayur seperti tauge dan kubis biasa. Kubis di mayang sederhana halus. Sayur-sayur ini boleh dicelur dahulu atau dimakan mentah (tapi pastikan basuh dengan bersih untuk elak sakit perut akibat bakteria)
2. Sambal kicap. Saya wajib buat ni. Tak sedap jika takde sambal kicap. Tak kick gitu. hehe..
Cara buatnya simple je, 5 biji cili padi (jenis sentil atau burung/kampung) dan1 ulas bawang putih di sangan. Kemudian tumbuk dan capur dengan kicap manis.

Cara-caranya:
1. Celurkan mee hoon, dan asingkan.
2. Tumis bahan yang dah diblend sehingga naik bau.
3. Masukkan air, serai, lengkuas dan garam.
4. Kemudian masukkan gula melaka.
5. Agak-agak kuah nak mendidih, masukkan meatball. Saya suka brand Ramli dan Marina. Tapi Marina mahal, so better pakai Ramli. Sedap.
6. Masak sehingga mendidih.
Meatball akan timbul jika sudah masak.

Siap.. sedia untuk dihidang. boleh juga buat sebagai menu untuk tetamu raya nanti.Ye la kalau semua rumah hidang rendang dan ketupat bosan juga kan. sekali sekala tukar la menu.. hehehe.

Selamat mencuba

Ela
Pengedar Shaklee
0192882244



2 comments:

  1. wah.. resepi yang pasti jadi pilihan menu memasak nnt. Anak-anak sy pun suka mihun & sup. TQ atas perkongsian resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. memang sesuai tuk anak2.. budak2 suka meatball :)

      Delete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...